Kami berbesar hati untuk menjemput anda ke pelancaran rasmi portal Strivers' Hub, sebuah inisiatif penting dibawah program Mastercard Strive Malaysia. Acara menarik ini dianjurkan oleh Mastercard Center for Inclusive Growth, The Asia Foundation Malaysia, dengan sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
Butiran Acara:
Tarikh:12 Ogos 2024 Masa:
- Majlis Perasmian: 10:30 AM - 1:30 PM
- Sesi Bengkel PKS: 2:30 PM - 5:00 PM
Lokasi:Hotel Grand Hyatt, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur Kos:PERCUMA!
Sertai kami untuk menjadi yang pertama mengetahui tentang Strivers’ Hub. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ciri khas program ini dan manfaatnya yang dapat mengubah dan meningkatkan perniagaan anda. Dengar ucapan inspirasi daripada pemimpin industri dan usahawan berjaya yang akan berkongsi perjalanan, pandangan, dan strategi mereka untuk berjaya. Ia juga peluang hebat untuk berkenalan dengan para usahawan wanita yang menginspirasikan!
DAFTAR SEKARANG untuk menempah tempat anda:
https://forms.gle/7Pp9bqcbVRG7cNxu6
Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati di dalam borang tersebut.
Sumber ini diterbitkan oleh Strivers’ Hub dan percuma untuk dikongsi.
Cari sumber untuk tahap anda →Berkaitan dengan yang ini

JOM STRIVE DI KOTA KINABALU: Sertai Bengkel Keusahawanan & Mentorship secara PERCUMA!
Sertai bengkel eksklusif dan latihan bimbingan kami yang akan berlangsung di Kota Kinabalu!

JOM STRIVE DI KUCHING: Sertai Bengkel Keusahawanan & Mentorship secara PERCUMA!
Sertai bengkel eksklusif dan latihan bimbingan kami yang akan berlangsung di Kota Kinabalu!

Memperkasa Wanita di Forum SHE-TECH Asia
Kami amat teruja untuk berkongsi kejayaan sesi interaktif kami di Konvensyen IDECS tahun ini, yang merupakan sebahagian daripada Forum SHE-TECH Asia, di mana pasukan Strive Malaysia telah membentangkan bengkel yang memperkasa bertajuk “Kepimpinan Wanita melalui Inovasi dan Pendigitalan.”
