Rasa macam semua orang sudah pergi digital kecuali anda? Anda tidak keseorangan, dan tidak pernah terlambat untuk bermula.
Bila digitalisasi tumbuh dengan cepat dan laju seperti AI generatif, alat awan (cloud), dan pelbagai aplikasi yang menjanjikan kemudahan dalam perniagaan, memang mudah untuk rasa ketinggalan. Tetapi digitalisasi bukan sesuatu yang hanya dinikmati oleh syarikat teknologi atau korporat besar. Ia adalah sesuatu yang setiap usahawan, tidak kira sekecil mana perniagaan atau sebaru mana anda dengan teknologi, boleh pelajari dan gunakan.
Itulah sebabnya MyDigital telah menambah baik Rakyat Digital, menghimpunkan pelbagai kursus yang direka untuk rakyat Malaysia, termasuk pemilik perniagaan seperti anda. Sama ada anda belum pernah menyentuh AI, atau anda sekadar ingin menambahbaik kefahaman digital anda, Rakyat Digital mempunyai kursus yang sesuai dengan tahap anda sekarang.
Tidak perlu latar belakang teknikal. Tidak perlu bayaran. Cuma kesungguhan untuk belajar, dan sedikit masa untuk melabur dalam diri dan perniagaan anda.

Mulakan di sini: laluan kemahiran digital asas anda
AI untuk Rakyat: Titik permulaan yang terbaik. Kursus asas ini menghuraikan AI dengan mudah untuk semua orang, membantu anda membina pemikiran digital-dahulu (digital first mindset) untuk perniagaan anda.
Generative AI: Dalam masa 30 minit sahaja, pelajari cara AI yang boleh membantu anda menghasilkan kandungan, daripada kapsyen pemasaran hingga penerangan produk.
AI Fluency: Bina keyakinan menggunakan alat AI dalam kehidupan seharian, dan fahami bagaimana AI boleh mengubah cara pelanggan mencari dan menemui perniagaan anda.
CyberSAFE® untuk Rakyat: Lindungi aset digital perniagaan anda dengan pengetahuan keselamatan siber yang penting, bermula dengan mengenal pasti ancaman hingga mengurus risiko siber.
Cloud untuk Rakyat: Fahami asas pengkomputeran awan (cloud) supaya anda dapat membuat pilihan yang lebih bijak dan selamat mengenai alat digital yang digunakan setiap hari.
Sangat Disarankan: AI Safety
Semakin banyak AI digunakan dalam perniagaan anda, semakin penting untuk menggunakannya secara bertanggungjawab. Kursus baharu AI Safety merangkumi cara mengenal pasti risiko seperti maklumat palsu dan deepfake, serta cara menggunakan AI secara beretika. Ini satu nilai tambah yang baik dalam laluan pembelajaran anda.
Untuk yang ingin meneroka lebih jauh
Jika anda bersedia untuk meneroka lebih jauh, Rakyat Digital turut baru menambah Agentic AI for All, Blockchain untuk Rakyat, dan Quantum untuk Rakyat. Ini adalah topik yang lebih mendalam, sesuai diterokai setelah anda membina asas yang kukuh.
Kenapa ini penting untuk anda
Sebagai usahawan, masa anda adalah aset paling berharga. Kursus-kursus ini membantu anda mengautomasikan tugasan berulang, membuat keputusan yang lebih bijak, dan kekal yakin dengan teknologi, tanpa perlu meninggalkan urusan perniagaan anda untuk tempoh yang lama.
Ambil langkah pertama
Digitalisasi tidak perlu berlaku sekaligus.
- Kenalpasti keperluan anda
- Pilih satu kursus
- Akses kursus dengan telefon bimbit anda
- Luangkan 30 minit minggu ini untuk menambah pengetahuan digital
Dan lihat sendiri apa yang ia boleh lakukan untuk perniagaan anda!
Layari rakyatdigital.gov.my untuk bermula hari ini.
